TIGA ELEMEN JABATAN KDNKA DIGABUNG DALAM DEMONSTRASI JAGA KETENTERAMAN AWAM

KUALA LUMPUR, 26 OKTOBER 2022 – Kekuatan lima pegawai bersama 206 anggota dari Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Pasukan Tempur Ringan (LSF) dan Unit Tindakan Rusuhan Awam (PORU) digabungkan dalam demonstrasi Latihan Bersepadu Kawad Cegah Rusuhan yang menggunakan situasi proses pengundian ketika pilihan raya di Padang Kawad Kompleks PSP.

Demonstrasi melibatkan ketiga-tiga elemen di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (KDNKA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dipertontonkan di hadapan para tetamu semasa sesi lawatan kerja oleh Timbalan Pengarah (Gerakan) KDNKA Bukit Aman, CP Dato’ Khaw Kok Chin.

Demonstrasi yang diketuai oleh Pegawai Pemerintah Unit 4 PSP Kuala Lumpur, Superintendan Mohd Fadhli Daud tersebut melakonkan senario sebenar insiden provokasi atau kekacauan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebagai persiapan dan persediaan pihak polis dalam menangani, seterusnya menjaga keselamatan awam.

Terdahulu dalam sesi lawatan kerja tadi, Dato’ Khaw telah menyaksikan penyampaian “red beret” oleh Komander PSP, SAC Mohd Said Ibrahim kepada Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am) KDNKA Bukit Aman, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim.

Seusai demonstrasi di padang kawad, Dato’ Khaw telah dibawa melihat pengoperasian bilik gerakan, pameran aset-aset kenderaan dan Unit Berkuda PSP.

Hadir sama, Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, SAC Zulkifli Jonit, Timbalan Komander PSP, ACP Rosman Kasman, barisan Timbalan Komander dan Komandan, Pegawai-pegawai Pemerintah Formasi dan Ketua-ketua Polis Daerah.

 

SUMBER: POLIS DIRAJA MALAYSIA

JURUGAMBASR: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BICARA EKSEKUTIF PENERANGAN ISU-ISU KESELAMATAN SIRI 1/2024

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Bicara Eksekutif Penerangan Isu-Isu Keselamatan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN BERHASRAT BERI TABLET KEPADA PELAJAR – ZAHID HAMIDI

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat untuk memberikan tablet kepada setiap pelajar dalam merealisasikan sekolah digital yang lebih berkesan pada masa …
Maklumat Lanjut

KPM UMUM ENAM INISIATIF ANTARANYA LONJAK KAPASITI GURU DIGITAL

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital. Menteri Pendidikan, Fadhlina …
Maklumat Lanjut