‘BIKERS PITSTOP’ TARIK MINAT GENG MOTOSIKAL KE MELAKA

BANDA HILIR – Dalam usaha memacu sektor pelancongan di negeri ini, ND Hotel Melaka dengan sokongan Tourism Melaka telah melancarkan Bikers Pitstop di Banda Hilir sebagai satu lagi tarikan terbaharu.

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Negeri Melaka Sa’ari Basiron berkata, Bikers Pitstop yang ditempatkan di perkarangan ND Hotel Melaka itu bertujuan menarik minat geng motosikal menjadikan negeri ini sebagai destinasi persinggahan setiap kali mengadakan siri jelajah atau konvoi.

Menariknya, beliau berkata, hentian itu juga turut menyediakan ‘Bikers Corner Sticker Board’ yang mana setiap Kelab Motosikal (MC) yang berkunjung dapat meletakkan pelekat kumpulan masing-masing di bahagian yang disediakan, sekali gus menunjukkan mereka telah melengkapkan perjalanan ke negeri bersejarah ini.

“Menerusi Bikers Pitstop ini, kita berharap dapat menarik minat geng permotoran menjadikan Melaka sebagai lokasi wajib singgah setiap kali melakukan konvoi bersama kumpulan mereka.

“Inisiatif baharu ini diharap dapat memperkasa pelancongan di Melaka di samping mampu mencapai sasaran 5.6 juta pelancong tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah ND Hotel Melaka Sebastian Lim berkata, pihaknya bakal memberikan diskaun 30 peratus kepada geng motosikal menginap di hotel berkenaan sehingga hujung tahun ini.

Beliau turut berharap inisiatif itu berupaya menarik minat geng motosikal dari luar negara seperti Singapura dan Thailand untuk menjadikan Melaka destinasi persinggahan di masa akan datang.

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …