PENGUATKUASAAN TERHADAP KENDERAAN PERDAGANGAN DI SEBERANG JAYA, PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah menguatkuasakan pelbagai kesalahan terhadap kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Kaedah-kaedah Pembinaan dan Penggunaan (C&U) 1959 dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Penguatkuasaan secara berfokus yang telah dilaksanakan pada 3 Oktober 2022 (Isnin) adalah untuk memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan perdagangan yang beroperasi di Negeri Pulau Pinang mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah berkuatkuasa serta selamat digunakan di jalan raya.

Sepanjang Penguatkuasan yang telah dilakukan ini, pelbagai kesalahan telah dikesan seperti membawa lebih muatan melebihi had dibenarkan di bawah seksyen 57(1) (b) (iv) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 serta kesalahan di bawah Kaedah 89 MV (C&U) 1959, tiada lesen memandu dan Lesen Memandu Kenderaan Barangan ( GDL ), Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh dan tiada perlindungan lnsuran, perakuan pemeriksaan puspakom tamat tempoh, kesalahan teknikal seperti ubahsuai kenderaan tanpa kebenaran, tayar haus berlebihan, lampu brek dan isyarat tidak berfungsi, cermin gelap tidak mengikut spesifikasi dibenarkan, pasang strobe light dan juga kesalahan lalulintas iaitu menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memandu di lorong kanan berterusan, tidak berhenti lampu isyarat merah dan membawa muatan secara bahaya atau tidak sesuai.

Penguatkuasaan secara berfokus dan berterusan terhadap kenderaan perdagangan ini akan terus dilaksanakan secara telus bagi memastikan pemandu dan pengusaha mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah berkuatkuasa serta memastikan kenderaan yang digunakan selamat di jalan raya bagi mengurangkan kadar kemalangan membabitkan kenderaan perdagangan di negeri ini.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …