SIMULASI BANJIR TAHAP 1 DAERAH BARAT DAYA TAHUN 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Bencana)

Telah berlangsungnya Simulasi Bencana Banjir Tahap 1 di Daerah Barat Daya pada 2 Oktober 2022 yang lepas. Tujuan Simulasi Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana Banjir ini diadakan adalah bagi:

  1. Memastikan serta mengukur tahap kesiapsiagaan yang tinggi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi berkaitan dalam menghadapi bencana banjir sepertimana yang berlaku baru-baru ini di semua daerah;
  2. Mendapatkan maklumat berkaitan tahap kesiapsigaan pada masa kini di semua peringkat iaitu peringkat negeri dan daerah;
  3. Melihat dan memastikan tindakan yang perlu dilaksanakan dalam kesiapsiagaan pengurusan bencana banjir; dan
  4. Melaksanakan penyelarasan tindakan dalam pengurusan bencana dalam aspek kesiapsiagaan, tindakbalas dan pemulihan.

Kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir adalah dalam peringkat sebelum bencana. Antara aspek kesiapsiagaan meliputi mengenalpasti dan memilih pusat pemindahan, kekuatan kakitangan dan petugas, logistic dan fasiliti penyimpanan, stok barangan keperluan bencana dan simulasi bencana.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …