KARNIVAL PENDIDIKAN PRASEKOLAH DILAKSANAKAN UNIT PRASEKOLAH JABATAN PENDIDIKAN LABUAN

Karnival Pendidikan Prasekolah dilaksanakan Unit Prasekolah Jabatan Pendidikan Labuan sebagai insiatif memperkenalkan lagi prasekolah kerajaan di mata masyarakat khususnya di Labuan.
Karnival berlangsung selama dua hari bermula semalam shingga hari ini diisi dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan hafazan, pertandingan nyanyian solo, perandingan tarian kategori zapin dan joget disertai 14 buah prasekolah di sekitar pulau ini.
Majlis penutupan disempurnakan Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan,En,Yusup Mohamad sekaligus menyampaikan hadiah pertandingan kepada pemenang-pemenang bertempat di ruang legar Anggerik Ujana Kewangan Labuan pagi tadi.
Sekolah Kebangsaan pantai dinobatkan sebagai juara keseluruhan karnival sementara Sekolah Kebangsaan Bebuloh memenangi pertandingan tarian kategori joget, Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang kategori tarian zapin dan Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha kategori nyanyian solo.
SUMBER :BESLABUAN

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …