RIMBA ILMU: NASI PUTIH VS NASI PERANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Keselamatan Kesihatan)

Beras datang dalam pelbagai saiz, bentuk dan warna. Tetapi beras yang sering menjadi pilihan dan sebutan orang ramai adalah beras putih dan beras perang. Ada perbezaan ke di antara kedua-dua jenis beras ini? Jom kita lihat kandungan nutrien bagi beras perang dan beras putih.

Jika dibandingkan dengan beras putih, beras perang mempunyai kandungan serat dan mineral yang lebih tinggi. Serat akan membuatkan anda kenyang lebih lama.

Selain itu, indeks glisemik bagi beras perang juga adalah lebih rendah. Ini dapat membantu anda untuk mengawal kadar penyerapan gula dalam darah seterusnya menstabilkan insulin.

Jadi, yang mana satu pilihan anda? Yang penting sentiasa bersederhana dalam setiap pengambilan makanan dan amalkan pemakanan SUKU SUKU SEPARUH.

 

Sumber rujukan:

NutritionistKKM

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …