BAS EKSPRESS DIPANTAU DI JURU, PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Pada 28 September 2022, Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah menjalankan penguatkuasaan Bas Ekspress di Plaza Tol Juru, bermula jam 11.00 malam hingga 5.00 pagi.

Tujuan peguatkuasaan ini dijalankan untuk memastikan semua kenderaan perkhidmatan awam terutama bas ekspress mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan seperti memastikan bas dalam keadaan baik dan selamat digunakan, pemandu mempunyai lesen memandu dan lesen memandu kenderaan perkhidmatan awam (PSV) yang sah, pemeriksaan buku log pemandu bagi memastikan pengusaha bas menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan bas melebihi 300km atau perjalanan 4 jam berterusan. Sebanyak 5 buah bas ekspres telah disaman atas kesalahan tiada pemandu kedua bagi perjalanan melebihi 300km atau perjalanan 4 jam berterusan.

Tindakan penguatkuasaan akan diambil kepada pemandu serta pemilik yang tidak mematuhi peraturan Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Kaedah-kaedah di bawahnya dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …