OPS LEBIH MUATAN DI JURU, PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Pada 27 September 2022 yang lepas, Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah membuat penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan yang membawa lebih muatan, muatan secara merbahaya dan lain-lain kesalahan. Penguatkuasan bermula jam 11.00 mlm hingga jam 7.00 pagi dengan tumpuan utama di lebuhraya PLUS, terhadap Kenderaan barangan yang membawa lebih muatan terutama yang beroperasi lewat malam dan awal pagi. Sebanyak 7 buah kenderaan barangan telah ditimbang, 3 buah daripadanya dikenakan tindakan dibawah Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 ( Akta 715 ) dan boleh dikenakan hukuman dibawah Seksyen 57(3) Akta yang sama, jika sabit kesalahan denda tidak kurang daripada satu ribu ringgit (RM 1,000) tetapi tidak melebihi lima ratus ribu ringgit ( RM 500,000 ) atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Sebanyak 4 buah lagi dikenakan tindakan dibawah Kaedah 89 MV ( C&U ) 1959.

Kesalahan lain yang dikesan sepanjang operasi lebih muatan yang diadakan malam ini, iaitu membawa muatan secara merbahaya, tiada lesen memandu, Tiada Lesen Memandu Kenderaan Barangan ( GDL ), meletak kenderaan dilorong kecemasan dan kesalahan teknikal seperti tayar haus berlebihan, pasang strobe light tanpa kebenaran dan cermin gelap.

Penguatkuasaan secara berterusan akan dilakukan bagi memastikan pemandu dan pemilik kenderaan perdagangan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah berkuatkuasa, serta memastikan kenderaan perdagangan selamat digunakan di jalan raya.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …