BAHASA MELAYU DIPERSADA PERHIMPUNAN AGUNG PBB

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Semangat Kenegaraan)

Selepas 65 tahun Persekutuan Tanah Melayu diterima sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 17 September 1957, pada 23 September 2022, bahasa Melayu dimartabatkan di ibu pejabat badan tertinggi dunia itu di Amerika Syarikat.

Sejarah tercatat pada jam 5 petang waktu tempatan apabila buat julung kali ucapan Perdana Menteri Malaysia disampaikan dalam bahasa Melayu oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari keempat Perhimpunan Agung PBB UNGA ke-77, di New York.

Lebih menarik ketika giliran beliau berucap sesi itu dipengerusikan oleh Wakil Tetap Malaysia di PBB, Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin, juga memakai pakai baju Melayu.

Ucapan Perdana Menteri dialih bahasa serentak kepada bahasa Inggeris oleh pentejermah. Selain Malaysia, beberapa negara lain menyampaikan ucapan dalam bahasa kebangsaan masing-masing.

Sebelum ini yab Perdana Menteri menyatakan usaha mengantarabangsakan bahasa Melayu di persada dunia menjadi dasar kerajaan dan ia antara satu bidang keutamaan kerangka Dasar Luar Negeri Malaysia yang dilancarkan pada. Disember 2021, iaitu diplomasi kebudayaan.

 

Sumber:

Berita Harian

Wisma Putra

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …