PERDANA MENTERI MEMBERIKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG CINA


KUALA TERENGGANU, 25 SEPTEMBER 2022


Kebakaran deretan rumah kedai yang berlaku pada Sabtu lalu telah memusnahkan sebanyak 12 bangunan termasuk kedai pakaian, emas dan kedai makan, terbakar. Beberapa penduduk/pengusaha yang terjejas akibat dari kebakaran yang berlaku di Kampung Cina ini telah mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob. Bagi meringankan beban12 mangsa kebakaran di Kampung Cina, Perdana Menteri telah memberikan sumbangan wang tunai sebanyak RM1,000 setiap seorang disampaikan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus.

Selain itu juga, Perdana Menteri akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk melihat keperluan lain bagi membantu meringankan mangsa kebakaran. Difahamkan juga kerajaan negeri menghadapi kesukaran untuk menyalurkan bantuan, termasuk pembinaan bangunan baru disebabkan status Tanah Pendudukan sementara (TOL).

Perbincangan lanjutan akan dilaksanakan bagi membincangkan mengenai kaedah yang sesuai bersama agensi-agensi lain untuk menghulurkan bantuan berikutnya yang diperlukan mangsa kebakaran. Sebelum ini juga, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, YB.Hanafiah Mat turut melawat tapak kebakaran dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka.

Artikel/Berita Terkini

TENTERA KHAS MALAYA DI CONGO KEMBALI KE TANAHAIR

Pada 16 April tahun 1962, seramai 916 orang pegawai dan anggota tentera khas Malaya yang berkhidmat di Congo selama lebih …

PERSIDANGAN PERSATUAN PARLIMEN NEGARA-NEGARA KOMANWEL

Pada 4 November dalam tahun 1963, DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar …

PERSETUJUAN UNTUK MEMBENTUK BADAN PERUNDING MAPHILINDO

Pada 12 Jun dalam tahun 1963, Sidang Manila yang dihadiri oleh Menteri-menteri Luar Indonesia, Tanah Melayu dan Filipina telah mencapai …