PROGRAM MENTAL HEALTH AWARENESS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Ketenteraman Awam)

Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pulau Pinang telah mengadakan Bengkel Mental Health Awareness pada 14 September 2022. Bengkel ini dikendalikan oleh kaunselor bertauliah dan bekas pensyarah kanan berkelulusan PhD dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun.

Mental Health Awareness adalah merupakan suatu perkara penting dalam membangunkan masyarakat bagi memastikan agenda kelestarian (SDG) dan kemakmuran mental serta tingkahlaku dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa akan datang dapat ditingkatkan sekaligus akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai indeks kegembiraan yang tinggi.

Selain daripada PDRM, bengkel ini juga melibatkan agensi-agensi berkepentingan di Pulau Pinang seperti ATM, BOMBA, KKM, MACC, Penjara, Jabatan Pelajaran, MAIPP dan beberapa jabatan di USM.

Program ini diharapkan juga dapat mewujudkan kefahaman dan sekaligus mencapai matlamatnya meningkatkan kesihatan mental dan produktiviti dalam kalangan rakyat Malaysia secara menyeluruh melalui agen perubahan dalam kalangan para peserta yang hadir.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …