TINTA BICARA HARI MALAYSIA: HARI MALAYSIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (SEMANGAT KENEGARAAN)

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.

Sambutan Hari Malaysia menandakan hari penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pada asalnya, Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Namun begitu, Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.

Antara fakta menarik berkenaan Hari Malaysia adalah, ianya merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri namun ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Namun yang demikian, mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Kebersamaan dan kerjasama rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kaum menjadi kunci kepada kekuatan negara dan apa yang kita miliki hari ini. Sebagai rakyat Malaysia, bersamalah kita pertahankan keharmonian yang kita miliki dan elakkan sebarang provokasi yang mampu menganggu gugat atau memecahbelahkan perpaduan yang kita nikmati.

Bersama kita kukuhkan semangat kejituan, hormati Rukun Negara, kebersamaan dan menghormati di antara satu sama lain demi Malaysia yang kekal Berdaulat, Aman dan Sejahtera

 

 

Artikel/Berita Terkini

PAHANG SALUR RM1.2 JUTA UNTUK PROGRAM CELIK AL-QURAN OKU PENGLIHATAN

KUANTAN: Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1.2 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Program Celik al-Quran Braille untuk golongan orang …
Maklumat Lanjut

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut