PROGRAM KAYUHAN BASIKAL GEORGETOWN HERITAGE RIDE ANJURAN EXCO PELANCONGAN DAN EKONOMI KREATIF NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Integrasi Nasional)

YB Yeoh Soon Hin, Exco Pelancongan & Ekonomi Kreatif Negeri Pulau Pinang bersama delegasi -delegasi telah menganjurkan Program Kayuhan Basikal Geogetown Heritage Ride di kawasan-kawasan tumpuan pelancong dan juga Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Sains Dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang kini berusia 85 tahun.

Kerajaan Negeri melalui Tourism Pulau Pinang telah menjalankan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Pulau Pinang serta menaikkan imej Negeri Pulau Pinang. Salah satu aspek penting dalam menjayakan hasrat Kerajaan Negeri adalah dari sudut keselamatan para pelancong.

Selain itu, program kali ini turut disertai Pegawai dan Anggota PDRM Kontinjen Pulau Pinang. Program ini juga memberi peluang kepada Kontinjen Pulau Pinang dalam memperkenalkan Unit Berbasikal Polis Pelancong Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang. Pihak PDRM Kontinjen Pulau Pinang juga mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan Program 2nd Penang Bridge PDRM 2022 Solidarity Fun Ride yang akan diadakan pada 17 Disember 2022 ini.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …