PERASMIAN JAMBATAN ANGKAT ‘Drawbridge’ NEGERI TERENGGANU

————————————————————————————————-
KUALA TERENGGANU, 15 SEPTEMBER 2022
————————————————————————————————-
Sultan Terengganu, KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud   Al-Muktafi Billah Shah berkenan menyempurnakan Malis Perasmian Jambatan Angkat Kuala Terengganu Sempena Sambutan Ulang Tahun Keenam Puluh Hari Keputeraan Sultan Terengganu pada 14 September 2022. Mengiringi Baginda adalah Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu serta Yang Amat Mulia Paduka anakanda-anakanda Sultan Terengganu, Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja, serta Yang Amat Mulia Tengku Seri Temenggung Raja, Yang Amat Mulia Tengku Seri Paduka Raja, Yang Amat Mulia Tengku Ramlah Azizah Binti Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman, YB Dato’ Haji Yahaya Ali serta isteri, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu serta isteri, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu, Ahli-Ahli Dewan Rakyat, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, serta seluruh tetamu yang hadir.
Untuk pengetahuan, Jambatan Angkat Kuala Terengganu yang menelan kos sebanyak RM249 juta dimulakan pembinaannya pada Ogos 2014 dan dibuka kepada orang ramai pada 1 Ogos 2019. Reka bentuknya mendapat ilham daripada Tower Bridge di London yang juga berbentuk jambatan imbang. Ia mempunyai jalan raya satu jalur, dua hala dengan lebar 23 meter yang merentangi 638 meter di atas muara Sungai Terengganu.Ia menghubungkan Muara Selatan, sebuah kawasan tanah tebus guna di pusat bandar berdekatan Tanjung, dengan Muara Utara di Seberang Takir. Terdapat ruang legar setinggi 12.5 meter dari paras air ke jambatan apabila daunnya ditutup. Rentang legarnya ialah 50 meter.
Terdapat empat batang menara 15 meter tingginya, sepasang untuk setiap pangkal daun jambatan, setiap pasang dihubungkan dengan jejantas. Setiap menara berpangkalkan lobi untuk membolehkan pengunjung menaiki kawasan perniagaan yang terletak di dalam jejantas. Pada waktu malam, jambatan disinari hiasan lampu berwarna-warni. Jambatan angkat membolehkan pengguna memendekkan waktu perjalanan antara Lapangan Terbang Sultan Mahmud atau Universiti Malaysia Terengganu dan Kuala Terengganu sebanyak 15 minit. Sebatang jalan raya empat lorong di pesisir pantai telah dibina untuk menghubungkan jambatan dengan Kuala Nerus.
Dapatkan gambar-gambar menarik berkaitan program perasmian ini di https://www.facebook.com/MKNTerengganu.
 

sumber maklumat dan foto : Unit Penerangan Darul Iman (UPDI)-Ammar Rozlan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …