PENGUNJUNG TIDAK SABAR TUNGGU SAMBUTAN HARI MALAYSIA

BANDA HILIR – Meskipun sambutan Hari Malaysia 2022 berlangsung Jumaat ini namun sudah ramai pengunjung yang singgah di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan semata-mata untuk melihat persiapan yang sedang giat dilakukan pihak penganjur.

Pengunjung Norlijah Mohd Harum, 59, ditemani suami sanggup datang dari Kampung Gangsa, Durian Tunggal, kerana teruja untuk meraikan hari bersejarah itu.

Katanya, apa yang dilakukan adalah sebagai tanda memberi sokongan kepada kerajaan dan berharap perkara itu dicontohi orang rakyat Malaysia khusus anak muda.

“Sejarah kemerdekaan negara memang bermula di Negeri Melaka. Sebagai anak jati Melaka saya bangga negeri ini dipilih sebagai tuan rumah bagi sambutan yang penuh makna.

“Selepas dua tahun pergerakan terbatas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), inilah masanya rakyat berkumpul bersama-sama untuk sambutan Hari Malaysia,” katanya.

photo1663141484
NORLIJAH Mohd Harum, 59. Foto Iqmal Haqim Rosman

Norlijah bercadang untuk membawa semua ahli keluarganya untuk bersama-sama memeriahkan sambutan itu yang bermula jam 8 malam Jumaat ini.

Sementara itu bagi Zuhaila Mohd Zamri, 29, dari Kelantan sanggup mengambil cuti kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk meraikan sambutan itu yang pertama kali dianjurkan di Semenanjung Malaysia.

photo1663141505
ZUHAILA Mohd Zamri, 29. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Saya bersama keluarga datang Melaka sejak semalam hanya untuk bercuti di sini dan menyambut Hari Malaysia pada Jumaat ini.

“Selain melawat tempat bersejarah, secara tidak langsung saya dan keluarga dapat melihat persembahan pada hari sambutan nanti,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …