?? ?????? – Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, YBhg. Datuk Haji Rodzi bin Md Saad telah hadir ke Wilayah Persekutuan Labuan bagi menyempurnakan Program IKHLAS 14.0. Program ini adalah bertujuan untuk menyantuni warga Majlis Keselamatan Negara (MKN) WP Labuan serta menyampaikan hasrat dan aspirasi YBhg. Datuk KP kepada seluruh warga MKN.
Terima kasih YBhg. Datuk atas kesudian meluangkan masa dan melawat warga MKN WP Labuan. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus memastikan kelancaran program ini.