8 SEPTEMBER 2022-Bahagian Pembangunan Asnaf MAIWP LABUAN terus komited untuk melaksanakan projek-projek pembangunan asnaf selaras dengan hasrat pengurusan tertinggi MAIWP..Temuduga terbuka bagi projek Rumah Cendawan telah dilaksanakan selama sehari untuk memberi peluang dan ruang kepada para asnaf mencuba nasib mengubah nasib keluarga. Temuduga terbuka pada kali ini juga dihadiri oleh Pegawai daripada Jabatan Pertanian selaku panel jemputan bagi sesi penilaian asnaf. Projek ini sememangnya mempunyai objektif tersendiri bagi membantu lebih ramai asnaf untuk keluar dari garis kemiskinan..Semoga dengan usaha MAIWP Labuan dibawah seliaan Unit Pembangunan Asnaf ini akan dapat direalisasikan seperti yang diharapkan.
SUMBER : FACEBOOK MAIWP LABUAN




