TINTA BICARA HARI MALAYSIA: KENALI NEGERI PAHANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (SEMANGAT KENEGARAAN)

Latar Belakang Negeri

Pahang Darul Makmur merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia bersempadan dengan Kelantan di sebelah utara, Perak, Selangor serta Negeri Sembilan di barat, Johor di selatan dan Terengganu serta Laut China selatan di bahagian timur.

Satu ketika dahulu, Pahang Darul Makmur dikenali dengan pelbagai nama seperti Pang-Hang, PengHeng, Pang-Heng, Pong-Fong, Phe-Hang, dan Pang-Kang. Ia merangkumi kawasan seluas 35,965 km persegi dan terbahagi kepada 11 buah daerah iaitu Pekan, Kuantan, Rompin, Maran, Bera, Jerantut, Temerloh, Raub, Bentong, Lipis dan Cameron Highland. Pemerintahan Pahang diterajui oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Jata Negeri

Jata negeri Pahang terdiri dari gabungan cogan, gading bersilang, cogan kata tulisan jawi ‘Ya Latiff’ dan skrol tertulis nama Negeri Pahang.  Mata cogan yang berbentuk daun kopi adalah simbolik kepada peristiwa kejayaan sewaktu menyusun perancangan untuk mengambil alih pemerintahan Kerajaan Pahang oleh Bendahara Wan Ahmad (Sultan Ahmad) yang ketika itu dihidangkan air kopi.  Gading gajah yang bersilang melambangkan kegagahan dan keperwiraan negeri ini.  Gading gajah juga melambangkan istiadat, memberi erti negeri yang mempunyai adat istiadat sempena gajah yang pada zaman dahulu digunakan sebagai kenderaan dalam istiadat Diraja.  Huruf jawi yang mengapit cogan tersebut adalah perkataan ‘Ya Latiff’ yang bermaksud ‘Allah Yang Maha Lembut’ ini merujuk kepada pemerintahan Sultan yang berpaksikan kepada agama Islam.

Bendera Negeri

Bendera negeri mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bahagian bawah.  Warna putih melambangkan kedaulatan dan pemerintahan negeri meliputi perkara-perkara berkenaan adat resam, adat istiadat, undang-undang, tatasusila dan kuasa-kuasa seorang Sultan yang memerintah negeri ini.  Manakala, warna hitam adalah warna kebesaran Bendahara pada masa lampau yang pernah memerintah negeri ini.

Lirik Lagu Negeri

Allah Selamatkan Sultan Kami

Ya Allah Yang Maha Kuasa

Lanjutkan Usia

Duli Yang Maha Mulia

Dirgahayu Darul Makmur

Aman Dan Bahagia Sentiasa

Ya Allah Selamatkan

Duli Tuanku Raja Kami.

Artikel/Berita Terkini

PENIAGA DIAMBIL TINDAKAN BERNIAGA TANPA LESEN BARANG KAWALAN

KOTA BHARU : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menjalankan siasatan aduan awam pada jam 1.00 petang tadi mengenai peniaga …
Maklumat Lanjut

900 LITER MINYAK PETROL DISITA DALAM OPS BERSEPADU PENCEGAHAN KETIRISAN BARANG KAWALAN

TUMPAT : Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah mengadakan Ops Bersepadu Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan di sempadan negara sekitar Tumpat, Kelantan …
Maklumat Lanjut

CUBAAN SELUDUP PETROL KE NEGARA JIRAN GAGAL

SEMPORNA (22 April): Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeludup minyak petrol ke negara jiran menerusi Op Taring Gelora di …
Maklumat Lanjut