SEKOLAH TERTUA DI MALAYSIA MAIN PERANAN DIDIK PELAJAR KENALI SEJARAH KEMERDEKAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Semangat Patriotisme)

Sekolah tertua di Malaysia, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Gelugor tidak terkecuali memainkan peranan untuk mendidik generasi muda agar lebih mengenali sejarah kemerdekaan selain menanam semangat patriotisme dan cintakan negara serta mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Guru Besar SK Sungai Gelugor, Zamzuri Ab Rahman berkata pengurusan sekolah yang berusia 196 tahun itu, tidak akan melepaskan peluang untuk menyambut Bulan Kebangsaan setiap tahun secara besar-besaran dengan menyusun pelbagai aktiviti melibatkan murid serta dekorasi sekolah untuk menyemarakkan semangat patriotisme. Sekolah berkenaan turut menganjurkan pameran sejarah dan pelbagai pertandingan bertemakan kemerdekaan seperti kuiz dan pertandingan mewarna. Katanya melalui sejarah, murid-murid juga akan mengetahui betapa susahnya negara mengharungi rintangan untuk mencapai kemerdekaan selain menyemarakkan semangat kemerdekaan mereka. Tujuan program sedemikan dirancang ialah untuk memastikan semua murid tidak lupa pada asal usul kewujudan Tanah Melayu dan Malaysia, serta menangkis fahaman yang tidak betul, tanam sifat sayang negara dan keharmonian dalam kehidupan majmuk.

Sumber: Laman Web BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut

STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, …
Maklumat Lanjut

PANDANGAN ORANG MUDA JOHOR DIDENGARI

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung, hari ini, menjadi platform terbaik mendapatkan maklum balas …
Maklumat Lanjut