KPDNHEP GUNA TEKNIK PENYAMARAN PANTAU HARGA TIDAK MUNASABAH DI PREMIS MAKANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Akauntabiliti, Kompetensi dan Kapasiti Jentera Kerajaan)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengaktifkan pemantauan dengan teknik penyamaran oleh pegawai penguat kuasanya di premis makanan di setiap negeri bagi mengesan peniaga yang menaikkan harga tidak munasabah. Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pegawai Syariah Negeri Terengganu Ke-3 di Terengganu pada 21 Ogos 2022, ia susulan terdapat rungutan oleh pengguna mengenai harga makanan yang tidak diturunkan meskipun harga bahan mentah seperti ayam kini jauh lebih murah berbanding beberapa bulan lepas. Beliau berkata penurunan harga makanan dilihat perlu dibuat selaras dengan harga bahan mentah yang semakin stabil hasil intervensi dan langkah penyelesaian oleh kerajaan untuk mengatasi isu kenaikan harga barang keperluan asas sebelum ini termasuk menerusi pemberian subsidi, penetapan harga siling dan Jualan Murah Keluarga Malaysia yang turut memanfaatkan peniaga makanan. Tambah beliau, jumlah pegawai penguat kuasa yang menyamar dengan berpakaian biasa seperti orang awam bergantung kepada keperluan di setiap negeri dan aktiviti penyamaran ini akan kerap dilakukan di bandar besar yang mempunyai banyak premis makanan.

Sumber: Laman Web BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

HEBAT: RAKYAT MELAKA PUAS DAPAT BERTEMU PEMIMPIN LUAH MASALAH

Seri Negeri – Rakyat Melaka meluahkan rasa syukur dan gembira apabila diberikan peluang bertemu pemimpin secara langsung pada Hari Ahli …

OPERASI LORONG KOSONG (Ops LOKOS) MBMB

Melaka Tengah – Operasi Lorong Kosong (Ops LOKOS) MBMB Bil. 21 Tahun 2025 anjuran Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB …

SARAPAN BUKAN SEKADAR MAKAN – IA PELINDUNG KESIHATAN ANDA

Sarapan Bukan Sekadar Makan – Ia Pelindung Kesihatan Anda! Ramai yang abaikan sarapan sebab sibuk. Tapi sarapan penting untuk: 🔋 …