KUNJUNGAN HORMAT EMBASSY OF UNITED STATES OF AMERICA, KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 5 Ogos 2022 – YDH CP Dato’ Azmi bin Abu Kassim, Ketua Polis Kuala Lumpur diiringi YDH DCP Dato’ Yahaya bin Othman, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur telah menerima kunjungan hormat di Pejabat Ketua Polis Kuala Lumpur, Tingkat 12, Menara A, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Tetamu yang hadir adalah Mr. Nicholas Masonis, Senior Regional Security Officer, Regional Security Office, U.S. Embassy in Kuala Lumpur dan En. Ramakrishnan Visvalingam, Senior Security Investigator, Regional Security Office, U.S. Embassy in Kuala Lumpur.

Turut hadir daripada Polis Kuala Lumpur adalah YDH SAC Datuk Abu Samah bin Mohd Noor, Ketua Cawangan Khas Polis Kuala Lumpur dan DSP Azri bin Ramli, DSP Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Polis Kuala Lumpur.

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan erat di antara agensi-agensi tersebut dengan Polis Kuala Lumpur di samping berkongsi maklumat serta bertukar-tukar pendapat. Kunjungan hormat telah berjalan lancar.

Sumber : POLIS KL

Artikel/Berita Terkini

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PELANCONG DIMINTA CARI PELABUR MAJUKAN KAWASAN PELANCONGAN

TAWAU (2 Mei): Pengusaha pusat pelancongan perlu mencari pelabur sama ada dari dalam atau luar negara supaya boleh memajukan kawasan …
Maklumat Lanjut

ENAM LELAKI DITAHAN, DADAH BERNILAI LEBIH RM120,000 DIRAMPAS DI TAWAU

TAWAU (2 Mei): Polis menahan enam lelaki dengan merampas kira-kira dua kilogram dadah jenis syabu dalam kejadian di Kampung Indera …
Maklumat Lanjut