MAJLIS PERASMIAN PENJENAMAAN SEMULA FRANCAIS NY STEAK SHACK OLEH YB TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI & HAL EHWAL PENGGUNA

PUTRAJAYA, 06 Ogos 2022- Telah berlangsung Majlis Perasmian Penjenamaan Semula Francais NY Steak Shack (NYSS) oleh YB Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna di pusat membeli belah IOI City Mall, Putrajaya.

NY Steak Shack yang merupakan restoran di bawah syarikat Revenue Valley, telah melakukan penjenamaan semula. Ini merupakan satu langkah bagi Revenue Valley melebarkan sayap perniagaan mereka melalui konsep francais. NY Steak Shack juga merupakan jenama tempatan Malaysia.

Revenue Valley Sdn Bhd yang merupakan syarikat induk kepada pelbagai restoran termasuk The Manhattan FISH MARKET, Tony Roma’s, NY Steak Shack, DaporLah dan Nice Catch.

Selain itu, mereka juga turut meluaskan peluang untuk bakal usahawan yang berminat menceburi industri francais. Pihak kementerian berharap dapat melahirkan lebih ramai usahawan francais yang mampu berdaya saing dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Turut hadir YBrs. Tuan Haji Azman bin Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, En Zafrul Azman, Ketua Pegawai Eksekutif PERNAS, YBrs. En. Mohamad Shukri Salleh Naib Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), YBrs. En Daniel Chan,Pengurus Eksekutif Revenue Valley Sdn Bhd, YBrs. En Fauzi bin Hassim, Pengurus Besar, NY Steak Shack dan YBrs. En Wilfred Wong,Penolong Pengurus Besar IOI City Mall.

#KPDNHEP

Sumber : KPDNHEP LAMAN RASMI

Artikel/Berita Terkini

PENYELUDUPAN TERNAKAN JEJAS KESELAMATAN MAKANAN – SULTAN TERENGGANU

KUALA TERENGGANU: Penyeludupan haiwan ternakan tanpa saringan kesihatan dan sijil pengesahan bebas penyakit akan memberi kesan kepada keselamatan makanan. Sultan …
Maklumat Lanjut

TENTERA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP BAWANG

KUCHING : Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) menggagalkan cubaan menyeludup bawang merah ke Kalimantan Barat menerusi ‘laluan gajah’ di sempadan …
Maklumat Lanjut

KASTAM RAMPAS MINUMAN KERAS, ROKOK RM1.59 JUTA

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan menyeludup minuman keras dan rokok putih bernilai RM1.593 juta di pelabuhan …
Maklumat Lanjut