TRIVIA KEMERDEKAAN: PRINSIP RUKUN NEGARA (KELUHURAN PERLEMBAGAAN)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (SEMANGAT PATRIOTISME)

Keluhuran Perlembagaan menekankan setiap rakyat menghormati dan mematuhi Perlembagaan. Setiap warganegara Malaysia seharusnya patuh akan Perlembagaan supaya negara menjadi aman dan damai. Dalam konteks ini, tiada individu yang terkecuali daripada mematuhi perlembagaan. Perlembagaan bertanggungjawab menjaga hak rakyat serta menjamin kemakmuran dan perpaduan negara.

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri.

Keluhuran Perlembangaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan. Keluhuran dan ketinggian Perlembagaan juga mengatasi kedudukan YDPA, Parlimen, Perdana Menteri dan Badan Kehakiman.

“Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang” – Perkara 8(1)

Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan, perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Justeru, Perlembagaan Negara berperanan dan bertindak sebagai asas kepada pembentukan kerajaan, panduan bagi melaksanakan kuasa dan mentadbir negara berasaskan kepada prinsip-prinsip demokrasi berparlimen.

Artikel/Berita Terkini

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut

DASAR TRANSFORMASI DIGITAL, PELAN NTER DAN NIMP 2030 BANTU PELABUR MELIHAT KEKUATAN YANG ADA PADA MALAYSIA

DASAR TRANSFORMASI DIGITAL, PELAN NTER DAN NIMP 2030 BANTU PELABUR MELIHAT KEKUATAN YANG ADA PADA MALAYSIA Datuk Seri Anwar Ibrahim …
Maklumat Lanjut