790 UNIT RUMAH MAMPU MILIK BAKAL DIBINA DI PENGKALAN TAMBANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAPAN (Perumahan  Rakyat & Kemampuan Pemilikan)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang merancang untuk membina sebanyak 790 unit rumah mampu milik di Permatang Pasir, Seberang Perai Tengah (SPT) bermula suku pertama 2023 dan dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama 2026.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Perumahan Mampu Milik Pengkalan Tambang pada 30 Julai 2022 berkata perumahan mampu milik itu akan dibina di Pengkalan Tambang di atas tanah seluas 9.3 hektar di atas Lot 1056, 1057, 1058 dan 1059 Mukim 12 Permatang Pasir.

Pelancaran projek ini merupakan satu lagi pencapaian dalam usaha kerajaan negeri menjayakan agenda perumahan rakyat, selain merangkumi kejayaan dasar-dasar negeri yang memberi fokus kepada pertumbuhan dan kemajuan Pulau Pinang secara adil di antara bahagian pulau dan Seberang Perai.

Kerajaan Negeri berharap projek tersebut berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang bagi memberikan penempatan dengan persekitaran yang lebih sempurna, selesa, kemudahan sosial serta infrastruktur yang lebih kondusif kepada warga Pulau Pinang.

Sumber : SINAR HARIAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …