GOTONG-ROYONG MEMBERSIH TANAH PERKUBURAN JALAN AMPANG

Dalam memastikan kawasan sekitar bandar raya Kuala Lumpur sentiasa dalam keadaan terbaik, DBKL juga tidak melupakan kawasan yang menjadi kediaman sementara umat islam sebelum menuju ke negara abadi dalam keadaan bersih dan terjaga.

Sehubungan dengan itu satu program gotong royong di Kawasan Perkuburan Jalan Ampang telah diadakan pagi tadi yang telah disertai oleh Dr Umi bin Ahmad, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Kakitangan DBKL, Ahli Kariah Kg Bharu, dan juga Anggota Rela.

Sebanyak 2 buah lori open tipper telah dibawa ke kawasan tersebut. Gotong royong tersebut telah berjalan dengan lancar dan tamat pada jam 12.00 tengahari. Aktiviti seperti ini akan diteruskan dan akan diadakan 2 minggu sekali.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …