MAAL HIJRAH: YAB PM AJAK RAKYAT AMALKAN KONSEP ‘TASAMUH’

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Perpaduan Masyarakat)

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak rakyat mengamalkan konsep ‘Tasamuh’ atau toleransi dalam menjaga keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat. Perdana Menteri berkata, sikap yang dituntut dalam Islam itu bukan hanya membolehkan rakyat terus membangun sehingga dihormati, tetapi juga dapat mengelak daripada perbalahan yang sia-sia dan merugikan.

Beliau berkata, semangat Tasamuh ini dianjurkan Rasulullah SAW, ketika membangunkan kota suci Madinah yang mana golongan Ansar dan Muhajirin menzahirkan sifat toleransi yang melahirkan masyarakat berkasih sayang, merentasi kaum dan warna kulit.

Maal Hijrah bukan sekadar menghayati penghijrahan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dari kota suci Makkah ke kota Madinah bagi menyebarkan syiar Islam, tetapi mempunyai pengertian lebih besar. YAB Perdana Menteri berkata bahawa cabaran dihadapi kini menuntut kecekalan dan ketahanan jiwa setiap rakyat, seperti semangat pengorbanan kaum Muhajirin, yang sanggup meninggalkan harta dan kediamannya.

Sumber:

Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …