BANJIR DI BALING: PBAPP PANTAU KEKERUHAN AIR MENTAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKAYAT (Pengurusan Bencana)

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) kini bersiap siaga dan meneruskan operasi secara berjaga-jaga susulan paras kekeruhan air mentah di muka sauk Lahar Tiang, Sungai Muda, mencecah 261 NTU (unit kekeruhan nefelometrik), setakat jam 11 pagi tadi yang berkemungkinan akibat banjir di Baling, Kedah, pada 28 Julai 2022.

Menurut PBAPP, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, Butterworth, masih mampu merawat air mentah dari Sungai Muda, namun pihaknya tetap memantau paras NTU air sungai dari semasa ke semasa. Hingga kini, operasi di LRA Sungai Dua adalah normal dan tidak terjejas.

Pada 28 Julai 2022, Kampung Iboi serta beberapa penempatan lain berhampiran Sungai Kupang, Baling, dilanda banjir susulan hujan berterusan dengan air dilaporkan turun deras dari bukit dan sungai melimpah. Ini merupakan kejadian kedua, bulan ini, selepas insiden kepala air dan banjir lumpur pada awal bulan yang meragut tiga nyawa serta memusnahkan puluhan rumah penduduk.

Pada awal bulan ini, kira-kira 80 peratus atau 528,000 daripada 660,000 pemegang akaun berdepan gangguan bekalan air susulan henti tugas LRA Sungai Dua akibat banjir di Baling, Kedah. Lebih 80 peratus air mentah yang diabstrak setiap hari oleh PBAPP berpunca dari Sungai Muda, Kedah, yang turut mengalir melalui dua sungai lain di hulu Baling.

 

Sumber:

Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …