PTPTN: INSENTIF PENGECUALIAN BAYARAN BALIK DIPERLUAS KEPADA SEMUA HAD PENDAPATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Akses Pendidikan Kepada Semua)

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memperluaskan Insentif Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman perbadanan itu kepada semua kategori peminjam yang bergraduat bermula tahun 2019 tanpa mengira had pendapatan. Pengerusinya, Apli Yusoff, berkata perkara itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN.

Dimaklumkan bahawa, PTPTN menyambut baik pengumuman mengenai insentif memberikan semula keistimewaan kepada pelajar yang membuat pinjaman PTPTN dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama untuk ditukarkan pinjaman kepada pengecualian bayaran balik pinjaman bagi peminjam PTPTN yang bergraduat bermula tahun 2019.

Pemberian insentif ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan dan sebagai dorongan untuk menggalakkan pelajar yang merupakan peminjam PTPTN untuk mencapai pendidikan dengan cemerlang. PTPTN sebagai agensi bawah Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa komited memastikan agar urusan berkenaan pengecualian bayaran balik pinjaman ini dapat dilaksanakan dengan baik demi kebajikan peminjam PTPTN

Sumber:

Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …