LAPOR KEPADA MBPP JIKA TERDAPAT HALANGAN PADA PARKIR

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Ketenteraman Awam)

Orang ramai yang ingin mengunjungi Pulau Pinang diingatkan supaya dapat merancang perjalanan bagi mengelakkan isu kekurangan parkir ekoran kebanjiran kenderaan di kawasan pulau kebelakangan ini.

Datuk Bandar bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dato’ Ar. Yew Tung Seang memaklumkan bahawa orang ramai boleh menggunakan kenderaan awam mahupun menumpang kenderaan untuk ke satu destinasi yang berdekatan bagi mengelakkan masalah ini berlaku.

Pulau Pinang juga telah menggunakan aplikasi Penang Smart Parking (PSP) yang dapat membantu pemandu mencari parkir yang paling hampir dengan lokasi yang ingin kita tuju. Pihak MBPP turut bekerjasama dengan beberapa pemilik parkir swasta bertingkat seperti di pusat beli belah dalam menangani isu ini.

Datuk Bandar turut ditanya mengenai halangan menggunakan objek di parkir awam mahupun perumahan yang turut menjadi isu kebelakangan ini. Beliau menasihatkan supaya orang awam yang berdepan situasi (halangan parkir) tersebut agar membuat laporan kepada MBPP. Warden trafik akan mengambil tindakan mengubah objek tersebut dan bukannya mengalihkan sendiri untuk mengelakkan sebarang ketegangan berlaku antara orang awam dan pelaku.

Sumber : Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN PARLIMEN

Pada 2 November dalam tahun 1963, Majlis Perasmian Bangunan Parlimen disempurnakan oleh DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan …

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …