JPN TIDAK PERNAH LANTIK EJEN UNTUK PENDAFTARAN MYKAD

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Akauntabiliti, Kompetensi dan Kapasiti Jentera Kerajaan)

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu atau ejen untuk mewakili jabatan itu dalam menjalankan kerja pendaftaran dokumen pengenalan diri (MyKad). Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata berdasarkan aduan diterima, ejen atau individu mengaku boleh mendapatkan MyKad itu mengenakan caj yang mahal iaitu antara RM2,000 hingga RM5,000. JPN memohon kerjasama orang ramai untuk segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka ditawarkan dengan perkhidmatan sedemikian Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Mykad kepada seorang wanita warga emas, R. Alliamah, 64 tahun yang baru memperoleh Mykad selepas mengalami masalah daftar lewat kad pengenalan, yang diadakan di pejabat JPN Pulau Pinang pada 29 Julai 2022. Mengulas lanjut, Ruslin berkata beliau meminta orang ramai yang mahu membuat pendaftaran dokumen pengenalan diri atau sebarang dokumen berkaitan dengan JPN untuk terus datang ke pejabat JPN yang terdapat di 225 lokasi termasuk Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara.

Sumber: Laman Web BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …