MARITIM PULAU PINANG TAHAN DUA BOT PENUMPANG BEROPERASI TANPA LESEN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang telah menahan dua buah bot penumpang yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan di perairan Teluk Bahang pada 3 Julai 2022 sekitar jam 3.00 hingga 3.30 petang.

Kedua-dua bot berkenaan ditahan di kedudukan 0.2 batu nautika barat laut dan 0.54 batu nautika utara Teluk Bahang ketika sedang membawa pelancong. Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua buah bot tidak mempunyai lesen yang sah dan insurans telah tamat tempoh.

Bot serta kru telah ditahan dan dibawa ke Maritim Pulau Pinang untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut. Kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana membawa penumpang tanpa lesen yang sah dan insurans tamat tempoh.

Sumber Rujukan :

BERNAMA & Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …