OPERASI BERSEPADU DI SETIAP PERINGKAT RANTAIAN BAGI MEMBENDUNG KETIRISAN SUBSIDI MINYAK MASAK

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)

Kerajaan menzahirkan komitmen tinggi dalam usaha membendung sebarang penyelewangan atau kepincangan berhubung barangan keperluan bersubsidi negara terutama minyak masak.

Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) yang bersidang Isnin lalu telah memutuskan pelaksanaan operasi pengauditan dan pemutihan secara bersepadu melibatkan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menjelaskan bahawa pihaknya telah mengadakan perjumpaan dengan KPDNHEP pada 4 Julai 2022 bagi membincangkan isu dan tindakan berkaitan barangan bersubsidi.

Difahamkan bahawa operasi bersepadu yang akan dilaksanakan itu membabitkan 22 pengeluar dan 305 premis pembungkusan semula minyak masak di seluruh negara.

Sumber Rujukan :

Bernama dan Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …