KARNIVAL RAKYAT BATU UBAN TAHUN 2022 – PAMERAN CEGAH JENAYAH OLEH IPD TIMUR LAUT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Ketenteraman Awam)

GEORGETOWN, 5 Julai 2022 – Karnival Rakyat Batu Uban Tahun 2022 telah berlangsung pada 3 Julai 2022 di Dataran Lotus, Sungai Dua, Georgetown pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

Dalam program ini, IPD Timur Laut merupakan salah satu agensi yang yang telah mengadakan pameran iaitu pameran pencegahan jenayah scammer dan pengedaran risalah pencegahan jenayah seperti pecah rumah, curi kenderaan, ragut, dadah dan rogol.

Program ini juga dapat mewujudkan jaringan kerjasama dan merapatkan hubungan silaturahim antara pihak PDRM khususnya IPD Timur Laut dengan masyarakat setempat. Masyarakat juga berpeluang mendapatkan maklumat dan tips cegah jenayah secara terus daripada anggota yang bertugas di pameran ini.

Sumber : IPD Timur Laut

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …