PEJA MELAWAT MANGSA KEJADIAN RIBUT

 

Peja bertanyakan sesuatu kepada mangsa ribut Sumber foto – Fb Faizal Azumu

IPOH, 16 April 2020 – Menteri Besar Perak, yang lebih mesra dengan panggilan Peja telah bergegas ke DUN Pasir Pinji bagi meninjau kesan kerosakan akibat bencana ribut sewaktu hujan lebat petang semalam. Turut bersama dalam tinjauan tersebut adalah ADUN Pasir Pinji, YB Howard Lee Chuan How. Tiada mangsa yang cedera, tetapi ada di kalangan penduduk yang terpaksa mencari perlindungan sementara di rumah saudara mara  mara dan pusat pemindahan sementara akibat kerosakan teruk kediaman masing-masing.

Kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh dengan bantuan Bomba Sukarela serta penduduk tempatan sudah memulakan kerja-kerja membersihkan dahan-dahan pokok yang tumbang dalam kejadian ribut itu.

Peja sedang meninjau lokasi kejadian                    Sumber foto – Fb Faizal Azumu

Pekerja MBI membersihkan dahan-dahan pokok akibat ribut Sumber foto – Fb Faizal Azumu

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut