COVID-19: TIGA DAERAH DI PERAK BEBAS KES POSITIF BARU DALAM TEMPOH 14 HARI

IPOH, 16 APRIL 2020 – Tiga daerah di negeri Perak iaitu Kampar, Mualim dan Kuala Kangsar telah bebas daripada kes positif baharu wabak Covid-19 dalam tempoh 14 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua. MENTERI Besar Perak, YAB Dato Seri Ahmad Faizal Dato Azumu memaklumkan berita yang melegakan ini dalam sidang media selepas menerima sumbangan daripada badan-badan korporat di Bangunan SUK hari ini. Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada semua warga Jabatan Kesihatan Negeri dan semua petugas barisan hadapan PKP yang telah bekerja keras dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19 di negeri Perak.

“Ini adalah berita yang sangat baik kepada negeri Perak, we are on the right path, apa yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri lakukan adalah amat baik dan menakjubkan. Tapi itu tak bermakna rakyat di tiga daerah ini bebas keluar rumah. Kita tak nak Green Zone bertukar kepada Red Zone atau Orange Zone, kita kekalkan supaya Green Zone ini bertambah ke seluruh negeri Perak dan seluruh negara dan seluruh dunia bebas (dari Covid-19) dan kita dapat kembali kepada kehidupan normal. Teruskan patuhi PKP, amalkan penjarakan sosial, jaga kebersihan diri, keluarga, sekeliling rumah, berterusan kita kena buat. Ini adalah new normal, budaya baru yang kita dapat hikmah daripada apa yang berlaku seluruh dunia,” ujarnya.

SUMBER BERITA : FB FAIZAL AZUMU

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …