PENGUATKUASAAN DI SEKITAR BANDARAYA MELAKA DIPERTINGKAT

MELAKA, 15 Apr – Pihak Penguatkuasa KPDNHEP Negeri Melaka terus menjalankan pemeriksaan secara berkala di lokasi-lokasi terpilih sekitar Bandaraya Melaka. Pemeriksaan giat dijalankan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah masuk fasa ke – 3 hari ini melibatkan peruncit, pemborong dan pengilang.

Pemeriksaan di peringkat peruncit/pasaraya mendapati bekalan keperluan asas seperti barangan kering dan basah masih dlm keadaan mencukupi dan terkawal. Keperluan semasa pemeriksaan dilakukan tiada  panic buying daripada pengguna.

Pemantauan dan kutipan harga bagi sayuran dan barangan basah juga telah dilakukan di pasar awam setiap daerah iaitu di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Secara keseluruhannya, bekalan keperluan asas adalah mencukupi dan bekalan yang diperolehi juga dapat menampung permintaan pengguna.

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …