KURSUS ASAS PENYAMBUNGAN WIRE EXTENSION DAN KURSUS ASAS BAIKI TELEFON BIMBIT MELALUI PROGRAM OUTREACH KERJAYA/KEMAHIRAN MASYARAKAT ORANG ASLI TAHUN 2022

   

KUALA PILAH, 11 Jun 2022 – Unit Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan (PMK) JAKOA Negeri Sembilan dan Melaka telah menganjur kursus Asas Penyambungan Wire Extension dan Kursus Asas Baiki Telefon Bimbit melalui Program Outreach Kerjaya/Kemahiran Masyarakat Orang Asli Tahun 2022 yang diadakan di Balairaya Kampung Orang Asli Air Lerek.

Peserta yang terdiri penduduk Kampung Orang Asli Air Lerek, Air Runtuh & Air Pulasan didedahkan dengan cara menyambung wire extension dan membuka komponen asas telefon bimbit.

Kursus Asas Penyambungan Wire Extension dan Baiki Telefon Bimbit dikendalikan oleh tenaga pengajar dari Kolej Komuniti Kuala Pilah.

Sumber : Jakoa Negeri Sembilan Melaka

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …