MKN PERAK RAI PENDERMA DARAH : KESELAMATAN BERPAKSIKAN INSAN TUNJANG KEHARMONIAN

IPOH, 14 Jun 2022 – Sempena Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia, Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak telah berkolaborasi bersama 5 buah hospital utama (Jabatan Perubatan Transfusi) di Negeri Perak bagi menghargai jasa dan pengorbanan para penderma darah di negeri ini.

Antara hospital yang dipilih adalah Derma Darah Ipoh Hospital Raja Permaisuri Bainun (Ipoh), Hospital Taiping, Hospital Teluk Intan, Hospital Seri Manjung dan Hospital Slim River. MKN Perak yang diwakili oleh En Muhammad Asyraf bin Sapri dan Cik Radin Umi Fatihah binti Ahmad Aruani telah menyantuni para penderma dan kakitangan yang bertugas di Aeon Station 18, Pengkalan, Ipoh pagi ini.

Program derma darah yang diadakan secara berkala diperlukan bagi memastikan bekalan darah yang berterusan dan mencukupi untuk kegunaan pesakit yang memerlukan.

Boleh hubungi unit derma darah untuk ketahui jadual dan butiran lanjut.

Artikel/Berita Terkini

PAHANG SALUR RM1.2 JUTA UNTUK PROGRAM CELIK AL-QURAN OKU PENGLIHATAN

KUANTAN: Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1.2 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Program Celik al-Quran Braille untuk golongan orang …
Maklumat Lanjut

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut