PROGRAM LATIHAN MENEMBAK MAJLIS KESELAMATAN NEGARA DI MARKAS BRIGED TENGAH PASUKAN GERAKAN AM (PGA), CHERAS

CHERAS – Menyedari pengisian riadah merupakan satu pendekatan berkesan untuk jalinan sosial dan menyediakan peluang mengasah bakat warga MKN, satu sesi latihan menembak telah diadakan sebagai salah satu aktiviti Kelab MKN dengan kerjasama Kelab MKN Negeri Selangor. Dalam sesi menembak ini, seramai 60 orang peserta terdiri daripada Pengurusan Tertinggi MKN, Pengarah Bahagian dan Pengarah Keselamatan Negeri, ahli Kelab MKN telah mengambil bahagian dalam dua acara iaitu menembak perseorangan dan acara berkumpulan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Datuk Rodzi Md. Saad, Ketua Pengarah Keselamatan Negara selaku Penaung Kelab MKN, Tuan Hamzah bin Ishak, Presiden Kelab MKN dan seisi Kelab MKN yang telah menjayakan program ini.

Ucapan penghargaan  juga kepada YDH SAC Muhammad bin Abdul Halim, Komander Briged Tengah PGA dan pegawai PGA yang terlibat atas kerjasama dan bantuan yang diberikan. Tabik Hormat Tuan!

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …