OPERASI ANTI LITTER MBPP DI KAWASAN HOTSPOT TUMPUAN PELANCONG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Majlis Bandaraya Pulau Pinang akan sentiasa memastikan semua kawasan-kawasan awam terutama lokasi tarikan pelancongan sentiasa bersih dan segar. Sehubungan itu, pasukan-pasukan Anti Litter Majlis Bandaraya Pulau Pinang digerakkan secara berterusan dari semasa ke semasa di seluruh kawasan-kawasan “hotspot” bagi memantau tahap kebersihan.

Walaupun khidmat nasihat dan pendidikan awam akan terus dihebahkan kepada semua para pengunjung, namun tindakan tegas penguatkuasaan pasukan Anti Litter Majlis Bandaraya Pulau Pinang diambil dengan mengeluarkan Notis Pemberitahuan Kesalahan terhadap para pengunjung yang melakukan kesalahan iaitu dengan sengaja melemparkan atau meninggalkan sampah terbiar tanpa dibuang ke dalam tong sampah.

Justeru itu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang mengingatkan bahawa tanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar harus dipikul bersama agar kesegaran dan keindahan dapat dinikmati semua lapisan masyarakat.

Sumber : MBPP

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …