UNESCO IKTIRAF BUKIT BENDERA SEBAGAI TAPAK RIZAB BIOSFERA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Keselamatan Geo-Strategik Antarabangsa)

Bukit Bendera atau Penang Hill yang terletak di daerah Timur Laut, Pulau Pinang telah menerima sijil pengiktirafan sebagai tapak rizab biosfera daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 11 Jun 2022.

Menurut Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Bukit Bendera yang mempunyai keluasan 12,481 hektar merupakan tapak rizab biosfera Malaysia yang ketiga, selepas Tasik Chini di Pahang dan Banjaran Crocker di Sabah.

KeTSA berharap agar pengiktirafan sedemikian mampu menjadi batu loncatan kepada kerajaan negeri lain untuk mengukuhkan komitmen dalam mewujudkan keseimbangan alam semula jadi dengan aktiviti pembangunan, di samping mencalonkan kawasan berpotensi sebagai tapak biodiversiti antarabangsa.

Sumber : Bernama

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …