3 BANGKAI PENYU AGAR DITEMUI MATI DI PANTAI TERENGGANU

—————————————————————————————————————

KUALA TERENGGANU, 13 Jun 2022

—————————————————————————————————————

Tiga bangkai penyu agar dewasa ditemukan di tiga lokasi sekitar daerah Kuala Nerus pada 10 Jun baru-baru ini iaitu Seberang Takir, Pengkalan Maras dan Pulau Redang.

Ketua Makmal Penyelidikan Luar, Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Mohd Uzair Rusli berkata, bangkai penyu pertama ditemukan oleh seorang pemancing rekreasi pada awal pagi di pantai Seberang Takir. Bangkai kedua dan ketiga pula ditemukan di pantai Pengkalan Maras dan Pulau Redang sekitar tengah hari.

Kematian penyu yang banyak secara serentak sangat membimbangkan dan berharap Jabatan Perikanan dapat membuat siasatan punca kematian penyu tersebut. Mengikut rekod Jabatan Perikanan Negeri, sebanyak 41 kes kematian penyu telah direkodkan sejak awal Januari lepas.

Semua laporan mengenai kematian ini terima daripada orang awam serta pertubuhan bukan kerajaan di sekitar lokasi kejadian dan laporan rasmi telah dibuat kepada Jabatan Perikanan Negeri Terengganu.

Selain itu juga, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) diharapkan agar mempertimbangkan penggunaan aplikasi WhatsApp atau talian kecemasan 999 untuk memudahkan penyaluran maklumat berkaitan penemuan penyu di negara ini. Ini dilihat pada faktor penggunaan aplikasi dan nombor kecemasan itu dilihat lebih praktikal untuk digunakan orang awam berbanding talian telefon rasmi yang digunakan DOF ketika ini.

NILAI TERAS PEMBANGUNAN MAMPAN

PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …