PROGRAM TAHUKAH BELIA KITA: KESELAMATAN MENYELURUH (COMSEC)

——————————————————————————————————————-

DUNGUN, 13 JUN 2022

——————————————————————————————————————-

Program Tahukah Belia Kita : Keselamatan Menyeluruh (COMSEC) telah diadakan pada 11 Jun 2022 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang bertempat di Pusat Latihan Kerteh, Felda Kerteh 2, Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu. Program ini melibatkan kerjasama dan kolaborasi antara :

  1. Pejabat Daerah Dungun
  2. Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu
  3. Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Dungun
  4. Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu
  5. Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
  6. Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
  7. PEMADAM Daerah Dungun
  8. Majlis Belia Felda Malaysia

Program melibatkan 67 orang peserta iaitu belia Felda Kerteh 1 hingga Felda Kerteh 6 yang merangkumi tiga pecahan slot iaitu Slot 1 [Ceramah Tahukah Belia Kita : Keselamatan Menyeluruh (COMSEC)] disampaikan oleh Pn. Seri Edayu, Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu dan Slot 2 iaitu sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang mana 67 peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan mengikut tajuk dan senario isu-isu keselamatan di daerah Dungun. Sesi LDK ini dibantu oleh fasilitator-fasilitator daripada 6 Jabatan yang berkaitan dengan tajuk isu keselamatan yang dirangka.

Slot terakhir iaitu Slot ketiga pula dihadiri oleh seramai 150 peserta mewakili ketua jabatan daerah Dungun, wakil penduduk (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) dan belia Felda. Slot ini menampilkan Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Dungun menyampaikan ceramah berkenaan Pencegahan Jenayah Dadah dan Jenayah Siber Serta Keselamatan Awam.

Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Wan Zamri bin Wan Yusof, Pengarah FELDA Wilayah Terengganu.

NILAI TERAS KESELAMATAN RAKYAT

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …