MALAYSIA, SINGAPURA PERHALUSI USAHA PERKUKUH KERJASAMA PERTAHANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Diplomasi Pertahananan)

Malaysia dan Singapura memperhalusi usaha ke arah memperkukuh kerjasama pertahanan terutama antara angkatan tentera kedua-dua negara, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Susulan lawatan kerja selama tiga hari di Singapura bermula Jumaat lalu, katanya, langkah itu adalah hasil mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya, Dr Ng Eng Hen. Selain itu, anatara perkara yang turut menjadi perbincangan adalah mengenai beberapa isu keselamatan serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian Bersama.

Menurut beliau lagi, mesyuarat berkenaan diadakan sempena lawatan kerja itu bagi memenuhi jemputan ke Shangri-La Dialogue anjuran The International Institute for Strategic Studies.

Menteri Pertahanan turut mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin tertinggi Singapura termasuk Presiden Halimah Yacob, Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, Menteri Kanan dan Menteri Koordinasi Keselamatan Kebangsaan, Teo Chee Hean dan Menteri Dalam Negeri dan Undang-Undang, K Shanmugam.

Beliau turut melaporkan, pertemuan bersama pemimpin terbabit berlangsung dalam suasana yang cukup mesra dan harmoni serta benar-benar menyerlahkan hubungan akrab dan istimewa antara Malaysia dan Singapura yang terjalin selama puluhan tahun.

Menurut Menteri Pertahanan itu lagi, semasa berada di Singapura, beliau turut mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin negara-negara sekutu termasuk dari Amerika Syarikat, Australia dan China.

Hasil pertemuan tersebut sekali gus membuka ruang untuk bertukar-tukar pandangan dalam banyak isu keselamatan global serta berkongsi komitmen untuk membawa diplomasi pertahanan antara negara masing-masing ke tahap lebih tinggi.

Sumber:

Bernama | Berita Harian

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …