AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN HARI DENGGI ASEAN

??????? ???????? ???? ?????? ????? ??? ?????? ?????? ???? ?.? ??????? ????? ??? ????? ??? ????

KUALA LUMPUR, 11 JUN 2022 – Satu program Sambutan Hari Denggi Asean dan Gotong- Royong Mega 1.0 Perangi Aedes peringkat Pejabat Kesihatan Kepong telah diadakan di PPR Batu Muda melibatkan komuniti sekitar. Serentak dengan itu pihak SWCorp Wilayah Persekutuan juga telah menjalankan aktiviti trash for cash bagi penduduk sekitar PPR Batu Muda untuk menghantar dan menjual barangan yang boleh dikitar semula.

Sepanjang aktiviti gotong royong dijalankan pelbagai barangan kitar semula telah dihantar dan dijual oleh penduduk sekitar. Aktiviti ini juga secara tidak langsung telah memberi pendapatan tambahan disamping membudayakan amalan kitar semula dikalangan penduduk sekitar PPR Batu Muda. Barangan kitar semula yang dikumpulkan telah ditimbang berjaya dijual sebanyak RM310.80 dengan berat sebanyak 209.80kg.

Pihak SWCorp Wilayah Persekutuan amat berterima kasih kepada Pejabat Kesihatan Kepong yang telah mengalukan kehadiran SWCorp Wilayah Persekutuan sebagai rakan stategik dalam menjayakan program gotong royong mega 1.0 peringkat Pejabat Kesihatan Kepong dan menjadikan aktiviti trash for cash sebagai salah satu cara bagi penduduk sekitar untuk menjalankan aktiviti kitar semula sambil bergotong royong membersihkan rumah serta lokasi sekitar.

SWCorp Wilayah Persekutuan berharap dan menyeru agar aktiviti seperti ini dapat dijalankan dengan lebih kerap agar budaya amalan kitar semula di kalangan masyarakat sekitar Kuala Lumpur dapat dipertingkatkan.

 

SUMBER: FB SWCORP WILAYAH PERSEKUTUAN   https://www.facebook.com/SWCorpWilayahPersekutuanKualaLumpurDanPutrajaya

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …