PROGRAM INISIATIF PUTRAJAYA BERSIH DI PERSIARAN PERDANA

PUTRAJAYA, 11 JUN 2022 – SWCorp Wilayah Persekutuan Putrajaya telah melaksanakan program inisiatif membersihkan sebanyak 11 unit tong sampah bersaiz 660 liter di sepanjang Persiaran Perdana, Putrajaya. Seramai 15 orang peserta dari SWCorp Wilayah Persekutuan, Perbadanan Putrajaya dan Alam Flora Sdn. Bhd (AFSB) telah bersama-sama melaksanakannya. Inisiatif ini dilaksanakan untuk menjadikan Pusat Pentadbiran Negara Putrajaya sentiasa dalam keadaan bersih.

Terima kasih diucapkan kepada pihak AFSB yang memberi bantuan jentera water jetter untuk melancarkan lagi kerja-kerja pembersihan tong sampah.  Orang awam juga digalakkan untuk sentiasa membersihkan tong sampah di premis kediaman masing-masing. Tong sampah dirumah anda tanggungjawab anda, jagalah sebaiknya.

 

SUMBER: FB SWCORP WILAYAH PERSEKUTUAN    https://www.facebook.com/SWCorpWilayahPersekutuanKualaLumpurDanPutrajaya

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …