LAWATAN KE JEPUN: YAB PERDANA MENTERI PERKASAKAN DASAR PANDANG KE TIMUR

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Hubungan Diplomatik Antarabangsa)

Memperkasakan Dasar Pandang ke Timur serta memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia dalam hubungan dua hala Malaysia-Jepun adalah di antara inti pati bakal diketengahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika lawatan kerja rasmi ke Jepun, selama enam hari, bermula hari ini (23 Mei 2022).

Lawatan ini adalah lawatan kerja rasmi sulungnya ke Jepun sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021.

Sempena lawatannya, YAB Perdana Menteri akan bertemu rakan sejawatnya, Fumio Kishida, yang baru memegang jawatan itu pada Oktober tahun lepas.

Kedua-dua pemimpin ini, sebelum ini pernah mengadakan Sidang Kemuncak Jepun-Malaysia melalui sidang telefon pada 20 April lalu, yang kedua-duanya menyentuh mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa.

Sempena pertemuan itu nanti, kedua-dua perdana menteri akan menyaksikan majlis menandatangani tiga memorandum kerjasama antara Malaysia dan Jepun.

Ia membabitkan Memorandum Kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri, Jepun mengenai industri pesawat; Memorandum Kerjasama Mengenai Kerangka Asas Bagi Perkongsian Maklumat Untuk Operasi Sewajarnya Sistem Berkaitan Sumber Manusia Asing dengan Status “Pekerja Mahir Tertentu” dan Memorandum Kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun mengenai kerjasama dalam bidang belia dan sukan.

 

Sumber:

Berita Harian

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …