SAMBUTAN MAJLIS RUMAH TERBUKA MALAYSIA (MRTM) 2022

KUALA TERENGGANU, 23 MEI 2022 – Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob hadir dan merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri yang diadakan di Dataran Drawbridge, Kuala Nerus pada 20 Mei 2022.   MRTM Aidilfitri yang julung kali diadakan di Pantai Timur diadakan selama tiga hari bermula 19 Mei sehingga 21 Mei menyaksikan pelbagai program menarik disediakan bagi memeriahkan sambutan itu. Turut mengiringi YAB Perdana Menteri adalah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
.
Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada penggiat seni budaya Terengganu selain beramah mesra dengan orang ramai yang hadir pada program itu. Program anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu bertujuan mendekatkan masyarakat terutama di negeri negeri Pantai Timur dengan kegiatan seni budaya dan pelancongan Malaysia serta membuka ruang kembali untuk menjana ekonomi negara bagi penggiat industri yang berada di Terengganu.
.
Selain perasmian MRTM, acara lain yang diadakan ialah rewang raya, kenduri rakyat, pertandingan lumba perahu, himpunan keris, gateh busana, kambing cantik. pertandingan ayam ratu, zoo kampung dan wau gegok damak. Acara yang diadakan selama tiga hari itu telah dibanjiri oleh 70,000 keluarga Malaysia dari seluruh negara yang rata-ratanya ketika ditemui menyatakan keterujaan apabila mendapat tahu ia diadakan di negeri ini sehingga sanggup datang dari jauh.
.
Pengunjung juga berpeluang menyertai pertandingan memancing, menyaksikan gasing terbang, bot berhias dan persembahan kesenian. Semoga dengan penganjuran ini dapat memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dikalangan masyarakat dalam menjamin kemakmuran hidup di bumi Malaysia.

 

  

(Sumber/Gambar Ihsan dari Jab. Penerangan Terengganu)

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut