PENGUATKUASAAN DAN PEMERIKSAAN LESEN OPERASI PERNIAGAAN PENYEWAAN BASIKAL DI GEORGETOWN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar dan Operasi)

Jabatan Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah mengadakan penguatkuasaan dan pemeriksaan lesen operasi perniagaan penyewaan basikal di sekitar bandar George Town. Pemeriksaan ini telah diadakan pada 20 Mei 2022 (Jumaat).

Hasil pemeriksaan pihak penguatkuasa mendapati terdapat dua operator pengusaha basikal sewa tidak memperbaharui lesen operasi perniagaan yang telah luput tempoh dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Manakala satu premis lagi telah menyalahgunakan plat kenderaan ke atas basikal sewa dengan menggunakan plat yang diberikan kepada pemilik premis yang lama.

Tindakan sitaan sementara plat-plat pendaftaran basikal sewaan telah diambil dan akan dikembalikan kepada pengusaha-pengusaha tersebut setelah mereka memperbaharui lesen operasi perniagaan penyewaan basikal.

Sumber : Laman FB MBPP

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …