PERASMIAN LIGA ELIT DUN (LED) MUSIM 2022

 

22 MEI 2022 – Liga Elit DUN(LED) Kelantan kembali semula selepas 2 tahun menyepi akibat pandemik Covid-19 .
Perasmian Liga Elit DUN (LED) Musim 2022 bertempat di Padang Majlis Daerah Ketereh yang telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail.
Junjung Kasih kepada YTM Tengku Mahkota Kelantan dan YBhg. Che Puan Sofie Louise Johansson yang sudi mencemar duli berangkat merasmikan LED Musim 2022.
En Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan hadir sama bagi majlis perasmian LED musim 2022. Turut hadir bersama ialah Puan Nurul Asmad binti Che Harun, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Pelancaran ini diserikan dengan persembahan perlawanan persahabatan, persembahan gaya bebas bola. tembakan bunga api dan penampilan bintang bola sepak Kelantan United Football Club (KUFC)

Artikel/Berita Terkini

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI (JKKN) NEGERI MELAKA BIL 1/2024

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri …
Maklumat Lanjut

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK BERSAMA AGENSI KESELAMATAN (REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH) NEGERI MELAKA

Bukit Beruang, 28 Mac – Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka, Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan turun padang bagi …
Maklumat Lanjut

OPS PENGARAH MAC 2024

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengadakan Ops Pengarah yang mensasarkan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya …
Maklumat Lanjut